Selasa, 6 Disember 2011

Petang di Pantai Remis

Hari ni aku ajak anak-anak semua jalan2 pergi pantai. Punya diorang excited sangat sampai pergi sana pun sehelai pinggang je. Memang hajat asalnya bukanlah nak berkhelah, cuma nak jalan-jalan sempena cuti sekolah. Kesian anak-anak aku takde jalan-jalan masa cuti sekolah.. (Belum sekolah pun lagi masing2..)

Sampai Kuala Selangor dalam pukul 3.30 ptg, singgah sekejap dekat Pasar Pasir Panambang, lama dah teringin nak tengok apa lah yang best sangat kat Pasar Pasir Penambang ni sampai menjadi sebutan ramai cikgu-cikgu sekolah aku. Hmm. sampai sana belilah serba sedikit seafood basah untuk di bawa balik. (Terlupa pulak nak ambik gambar, maklumlah bila perempuan pergi pasar..) Ok lah pasar tu, boleh beli macam2 benda fresh. Harga dia pulak sedikit murah dari harga benda yang sama di Pasar Borong Selayang. Promote ni.. ;)

Lepas tu aku terus gi Pantai Remis. Hmm.. Budak-budak bila dah jumpa air terus lupa kat mak bapak masing-masing. Terus berguling-guling dengan gumbiranya. Lupa dah datang sehelai sepinggang je. Macam tuan puteri kat bawah ni.. Bahagia laa tu..


Aku pun duduk lah kat Pantai Remis ni sambil melihat karenah anak-anak ni. Bila la anak-anak umi ni nak besar. Cepat-cepat besar ye.. Jadi anak-anak yang baik ye.. Amin.. Kat bawah ni antara gambar yang sempat aku ambil. Klik kalau nak besarkan ye. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
;