Isnin, 26 Disember 2011

Journey To Temerloh

Cuti sekolah dah nak abis, takde pergi mana2 langsung cuti kali ni. Paling jauh pun pergi rumah ibu mertuaku di Sungai Choh. Jadi dengan cuti yang berbaki beberapa hari sahaja lagi ni, aku pun bawaklah anak-anak aku ke Temerloh, rumah adik aku, Zafiera Mastura..  Saja lah jalan-jalan tengok rumah dia dekat Kuarters SMV
Temerloh. Cuba teka Temerloh terkenal dengan apa? Ya betul.. ikan patin! keluar tol Temerloh tu je bersepah-sepah orang jual patin. Khabarnya patin paling mahal adalah patin muncung, Harganya sekilo boleh mencecah RM 200. Tapi aku takde lah beli patin tu. Baik beli susu anak-anak aku. Hehe. Tapi malam aku sampai tu, Mastura belanja jugak makan patin. Patin masak tomyam. Perghhh! Sedap. Sebab sedap tu jugaklah aku beli jugak patin kat Temerloh ni, patin sangkar je la. .

On the way nak balik Rawang, adik kesayangan aku tu dan suami dia bawak aku pergi Kuala Gandah. Tengok gajah. Masuk tak kena bayar pun. Free je. Kat sini boleh tengok gajah dengan sangat dekat. Boleh bagi makan kat gajah, boleh menunggang gajah, malah ada aktiviti mandi bersama gajah!! Wahh.. Bestnya..
Jom tengok gambar aku ngan gajah-gajah and gambar journey to Temerloh.. Hehe.


 p/s : Gambar dalam trowong tu dah on the way balik Rawang. Patutnya duduk ujung sekali.. Malas nak ubah balik.. ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
;