Isnin, 2 Januari 2012 1 komen

Tips Matematik Tambahan


Lusa sekolah akan dibuka semula. InsyaAllah dari masa ke semasa saya akan cuba berkongsi sedikit pengalaman dan pengetahuan  saya dalam matapelajaran Matematik Tambahan tingkatan 4 & 5. Mudah- mudahan anda yang terjumpa blog ini akan dapat serba sedikit panduan, insyaAllah. Buat masa ni saya sedang mengumpulkan bahan-bahan untuk dikongsi. Nantikan tutorial saya! ^_^
Ahad, 1 Januari 2012 0 komen

Tahun Baru 2012

Sedar tak sedar dah pun masuk tahun yang baru. 2012. Azam baru? Aku pun tak ingat aku ada azam ke tak tahun-tahun sebelum ni. Bagi aku hidup mesti diteruskan. Semalam dah berlalu, tinggal sejarah. Esok dan hari-hari mendatang mesti ditempuh sebaik-baiknya. Harap-harap kehidupan aku akan jadi lebih baik pada tahun ni. 

Bukanlah azam yang aku nak tulis. Cuma nak kongsi pengalaman menyambut malam tahun baru. Bukan menyambut pun sebenarnya. Sajalah bawak anak-anak dan adik-adik aku pergi tengok bunga api kat KL. Bukan selalu pun kan? Petang tu lagi kami semua dah keluar ke rumah abang aku di Puncak Jalil. Cantik rumah dia. Baru cat. Ada taman kat belakang rumah. Dia buat sendiri. Bangga aku ada abang macam ni.  Hehe. Sekejap je duduk dekat rumah dia. Dalam pukul 11.30 malam kitorang bergerak ke KL. Konon-konon nak tengok bunga api kat Dataran Merdeka dari dalam kereta je. Tapi sebab bila sampai dekat-dekat situ dah traffic jammed, kitorang pun ambil keputusan untuk berhenti dan join orang ramai. Masa tu park kereta dekat depan simpang Tasik Perdana. Jauh jugak kalau nak menapak ke Dataran Merdeka.

Tiba-tiba nampak ada orang ramai-ramai berkumpul kat satu padang ni. Kenapa ramai orang kat tempat gelap ni? Aku rasa-rasa diorang pun nak tengok bunga api jugak. Terus kami semua lepak kat padang tu. Masa tu dah 11.58 malam. Kira ngam-ngam je la masa tu kan? Tak lama tu bunga api pun meletup-letup. Lama jugak. 2 minit lebih agaknya. Anak aku Wardah dengan Pok Din yang paling excited agaknya. Tiba-tiba dah sampai tengah padang. Suami adik adik ipar aku pun excited jugak. Maklumlah, nak test power kamera Nikon P500 baru dia. ;p Memang cantik giler lah gambar dia. Tapi gambar yang aku share dalam entri ni dari kamera buruk aku la. Baru boleh watermark dengan nama sendiri ye tak? ^_^

By the way, kalau ada yang membaca tulisan ini, selamat tahun baru 2012 aku Zawa ucapkan. Moga kita akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Mungkin anda nak kongsi azam anda? 



Ps: Masa dah nak balik baru aku tau nama padang tu Padang Merbuk. Huhu. 
 
;