Khamis, 29 Disember 2011

Mari Membunuh!

Rasa geram sangat. Memang pantang betul. Orang tak kacau rumah dia, dia sibuk datang rumah kita. Kalau setakat tumpang lalu je takpe lagi. Ni tidak. Buat macam rumah dia sendiri pulak. Lari sana. Lari sini. Lepak kat dapur lama-lama. Duduk dalam kitchen cabinet orang. Ingatkan dah bunuh saudara dia hari tu serik dah. Datang pulak yang lain. Nak balas dendam ke? Ingat aku takut?! (Memang aku takut pun).

 Kalau ikutkan hati memang terbang segala senjata aku. Tapi aku yang lari dulu. Hehe. Sekor je pun Encik Tikus ni yang sesat entah dari mana. Dah perangkap dengan gam tikus, pandai pulak dia mengelak. Last2 aku cuba bertanya petua dengan Enchik Gugel. Oohh.. Ramai rupanya yang dah bagi petua. Macam-macam ada. Satu yang menarik aku jumpa Petua Halau Tikus versi Psyko. Rasa cute je. Nasib baik aku takut dengan tikus. Jadi aku pilih guna serai wangi. Banyak blog yang cadangkan guna benda ni. Jadi dengan pantasnya aku pergi mencari serai wangi kat Giant Rawang.

 Tapi sebelum aku guna benda ni, En Tikus yang memang dah lepak kat rumah ni mesti dibunuh  dihalau dulu. Kebetulan pulak adik aku datang dari Temerloh. Suami dia la yang tolong memujuk En Tikus tu keluar. Lepas beliau  En Tikus tu keluar je, aku dengan pantasnya menyembur serai wangi ni kat tempat2 yang aku rasa dia masuk, terutamanya lubang bawah mesin basuh. Hehe. Harap2 lepas ni takde lah lagi sedara mara dia datang lagi. Selamatlah aku dari didakwa menjadi pembunuh.


Ps: Abaikan lah tajuk tu.. Tak baik jadi pembunuh!
Pss: Gambar serai wangi ambik kat sini (terima kasih..)

2 ulasan:

sabrina berkata...

klakor.. :)

Zawatil berkata...

Sabrina, Hehehe.. Kalau Encik tikus tu tak keluar dari dapur alamat tak berasap la dapur tu

Catat Ulasan

 
;